Konnichiwa minna... Apa kabaq smua!!! Harap2 smua sihat belaka la n0hh.. Jgn malu2 utk komen & jd Follower saya k..Welc0me 2 My World Page!!

Monday 4 July 2011

~Jom Pakat2 Masak Nasi Dagang~



asalamualaikum..

Wah best nye dapat makan nasi dagang..hahaha..memang favourite sya ni.. 1st time jatuh cinta dekat nasi dagang ini masa pergi makan kt Medan Selera Alor Setar.. alaaa seberang Gaint 2.. mmg sedap beb.. Terus jatuh cinta dengan kelazatan gulai nya ditambah dengan beras yang digunakan yang agak unik..he3 membuatkan selera makan bertambah2..hahaha ;)

Nasi dagang ini selalunya dikaitkan dengan terengganu & kelantan la..Tapi tidak tahu apa sebabnya, mungin beras tu ditanam kat sana kot. Apa2 pun nanti kita pergi tanya orang terengganu. Sekarang rasa nya dekat pasar2 malam dekat rumah2 kita pun ada. Cuba pergi cari2 and survey. Mesti ada. Dah jumpa pastu beli. Cuma rasa, memang tiada bandingan nya la.ha3. Tapi ikut pada tukang masak sama la..he3

Disini hendak kongsi sikit Cara-cara hendak memasak nasi dagang ini. Terdapat dua subtopic..hehehe

Cara-cara memasak kuah: 

Mula-mula semua bahan untuk kuah di'blender' kecuali kerisik, nisan, santan dan kulit kayu manis. Selepas itu masak santan hingga naik minyak sedikit barulah dicampur bahan-bahan yang diblender, kerisik, nisan dan kulit kayu manis. Masak biar lama (api perlahan) bila santan surut separuh diisi air lagi hingga paras yang pertama, langkah ini hendak diulang lagi selepas air surut separuh lagi baru letak ikan yang direbus bersama air rebusan dan separuh dari asam gelugur yang diguna untuk rebus ikan, air ditambah lagi sehingga paras pertama dan dimasak api perlahan sehingga kuah pekat dikacau sekali-sekali.( masak kuah makan masa lebih kurang 7 jam, dengan yang demikian kuah menjadi warna gelap dan tulang ikan reput macam sardin di dalam tin. 

Cara-cara memasak nasi: 

Beras hendaklah direndam selama 8 jam. Beras yang direndam tadi hendaklah dibasuh dan dikukus kosong sehingga masak, kemudian diangkat dan digaul rata dengan santan cair, bawang merah yang dimayang dan halba. Kemudianckukus sekali lagi hingga masak dan diangkat dan digaul bersama santan pekat (diperolehi dengan memerah santan menggunakan air masak)yang sudah dicampur gula dan garam. Nasi sudah siap.

 Begitu la cara memasak nya. Terus rasa lapar bila tulis entry ini..he3. Bahan2 hendak dibuat sila rujuk internet @ orang yang tahu. Si penulis ini tidak tahu, dia tahu makan je..hahaha.. Selamat Mencuba yerrr.. ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...